Saturday, November 6, 2010
Realiti HAK Pengguna di Malaysia
Saya telah membeli membuat loan kereta dari CIMB Auto-Finance untuk membeli kereta Chevrolet Optra Magnum 1.8A daripada Cergazam Sdn Bhd. Selepas penggunaan kereta tersebut tidak sampai setahun kereta saya mengalami kerosakan gear box pada November 2009. Saya menghantar kereta chevrolet ke Pusat Servis Cergazam yang terletak di tepi lebuhraya persekutuan pada Bulan January 2010. Kereta saya masih dalam tempoh warranty tetapi pihak Naza sebagai distributor dan Cergazam Service Center sengaja melewatkan penggantian gearbox. Akhirnya pada bulan May 2010 barulah pihak mereka menggantikan gearbox. Sepanjang kereta saya rosak saya tidak diberikan kereta ganti dan saya terpaksa menyewa kereta rakan2 dan menaiki kenderaan awam untuk pergi ke tempat kerja. Disebabkan itu saya tidak dapat memberikan komitmen untuk membayar ansuran kereta walaupun sudah berulangkali saya memberitahu pihak CIMB tentang situasi yg saya alami. Tanpa mengendahkan rayuan saya pihak CIMB telah menarik kereta saya ke stor yg terletak di Hulu Langat. Saya telah membayar sebanyak RM8k untuk menebus balik kereta Chevrolet tersebut. Namun saya mendapati gearbox yang baru sahaja digantikan telah rosak dan setelah diperiksa didapati ada kesan goresan yang sangat ketara di cover base gearbox yg menyebabkan minyak gearbox bocor sedikit demi sedikit dan menyebabkan gearbox kereta saya rosak lagi buat kali kedua. Saya telah membawa perkara ini kepada pihak Cergazam, CIMB Auto-Finance dan Naza Chevrolet Distributor tetapi mereka tidak mengendahkan aduan saya. Saya terasa seperti tidak berada di negara sendiri. Apa gunanya saya sebagai anak jati bumi Malaysia tetapi hak saya sebagai pengguna dinafikan malah disuruh paksa membayar ansuran kereta yang telah dirosakkan oleh pihak CIMB bank sendiri. Saya ada menghantar surat kepada pihak bank dan telah pergi sendiri ke NAZA Distributor untuk berbincang berkenaan dengan masalah ini tetapi tidak berhasil. Sehingga sekarang kereta masih lagi berada di Cergazam Service Center. Lebih menyedihkan bila pihak Cergazam menyuruh saya membayar caj meletakkan kereta dan caj lain2. Inilah penindasan nyata yang berlaku bukan sahaja pada diri saya malah saya percaya ramai lagi pengguna di Malaysia mempunyai masalah yg sama. Selagi isu Hak Pengguna di ambil remeh temeh sekadar omong-omong kosong untuk mendapat publisiti murahan lebih ramai rakyat Malaysia yang akan disenaraihitamkan atau diisytiharkan bangkrap oleh bank-bank tempatan yang hanya bukan membantu tetapi menjadi silent killer yg persis lagi berkuasa di negara Malaysia yang tercinta ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment